AutumNovel

Welcome to AutumNovel....


Cara Pembelian & Tempahan

Sekiranya anda berminat, bolehlah hantar email ke xeera_hush@yahoo.com.sg
atau sms terus ke no 012-9387442

Sila nyatakan nama penuh, alamat untuk di pos, no hp serta tajuk novel yang ingin dibeli

pembayaran adalah melalui Maybank...sekiranya pembayaran telah dibuat novel, dan bukti pembayaran diterima barulah novel akan dipos kepada anda.

Setiap novel yang dipos dalam keadaan baik, sekiranya berlaku sebarang kerosakan berlaku pada novel tersebut semasa dalam proses penghantaran, pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas kerosakan tersebut.

Setiap pelanggan dibenarkan untuk reserved buku yang berminat untuk dibeli, tetapi reserved hanya dibenarkan untuk tempoh seminggu. Sekiranya pembayaran tidak dilakukan dalam tempoh berkenaan, buku tersebut akan dibuka untuk jualan kepada pelanggan lain.

Pengiriman novel-novel hanya dibuat pada hari khamis dan jumaat sahaja


kos penghantaran
RM 4.00
( untuk sebuah buku)-bergantung pd berat buku
dan tambahan RM1.00 akan dicaj untuk buku seterusnya

My Blog List

Sunday, August 22, 2010

Kutemui Cinta - Nuraqilah Syuhaida

Adam sering memperdaya gadis-gadis demi melepaskan tekanan keluarga. Namun, tanpa disedari dia telah jatuh hati dengan gadis bernama Nadya. Hubungan Nadya dan Hafiz tidak disenangi Adam menyebabkan dia memusuhi Hafiz dan menjadi seorang pendendam. Pemergian Hafiz memberi kesedaran kepada Adam namun dia tidak pernah berputus asa merebut hati Nadya. Ketika itu muncullah Rafi yang turut menyimpan perasaan terhadap Nadya. Hakikatnya siapakah pilihan di hati Nadya? Adam atau Rafi?

HARGA JUAL : RM 16.00

HARGA ASAL : RM 22.90

Tanpamu Disisi - Rabihah Nur Ridhuan

Memang benar cinta itu tidak memerlukan kita bertentang mata. Cukup hanya dengan kata-kata, hati wanita akan tersentuh jua. Begitulah episod cinta Zukhrina Syamimi dan Danish bermula. Cinta yang bermula di alam cyber. Adakah cinta cyber itu lahir daripada kasih nan suci? Tetapi mengapa disebabkan cinta cyber itu Zukhrina Syamimi terpaksa menanggung aib hingga kini? Lebih menyedihkan lagi dia hanya sempat menikmati alam rumah tangga hanya buat seketika apabila Danish meninggalkannya tanpa khabar berita. Adakah dia terlalu percaya dengan kasih suci itu? Mudahnya seorang lelaki menabur janji dan mudah juga mereka pergi. Sedangkan Zukhrina Syamimi terkapai-kapai sendirian setelah ditinggalkan suami dan keluarga. Dalam kepayahan Zukhrina Syamimi cuba bangkit demi sebuah harga diri. Dia tidak mahu terus mengalah pada putaran takdir yang tidak pernah berpihak padanya.

Akhirnya setelah dia berhempas pulas membina kehidupan yang penuh gemilang tiba-tiba lelaki itu hadir semula dalam hidupnya. Menjadi pengemis cinta padanya. Perlukah dia mengalah pada lelaki yang pernah menabur duri dalam setiap langkahnya dahulu? Sedangkan dia tidak mampu lagi untuk mengutip kasih ibu yang jauh tercicir.

HARGA JUAL : RM 14.00

HARGA ASAL : RM 19.90

Kapal Terbang Kertas - Hasliza Ismail

Suriani tegar melarikan diri ke Kuala Lumpur demi menyelamatkan masa hadapannya dari musnah di tangan lelaki tua miang yang berharta di kampungnya. Dia rela dirinya hanyut dibawa nasib mengenangkan cita-citanya untuk menjadi tentera udara bersama Mahadi tidak kesampaian.

Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Nasibnya baik kerana bertemu secara tidak sengaja dengan Ian Emran yang membantunya mendapatkan pekerjaan setelah dia dipecat dari sebuah restoran. Bertugas sebagai pembantu Ian Emran telah menimbulkan perasaan cemburu di dalam hati Marina, sahabat karib Ian Emran yang telah tujuh tahun setia di sisi lelaki itu. Begitu juga dengan beberapa kakitangan wanita lain di pejabat hingga menimbulkan gosip tidak baik ke atas dirinya.

Lantas, Ian Emran yang mula menaruh hati terhadap Suriani segera menyuntingnya sebagai suri di alam rumah tangga. Sepanjang tempoh pertunangan mereka, pelbagai dugaan dan cabaran harus dihadapi kerana Marina yang mendambakan cinta Ian Emran sentiasa menggugat kepercayaan Suriani terhadap Ian Emran.

Tatkala jiwa Suriani berperang sesama sendiri Mahadi muncul kembali, ingin mengotakan janji-janjinya terhadap Suriani untuk membawanya “terbang” bersama.
Suriani tersepit di antara tunangnya, Ian Emran dan kekasih lamanya, Mahadi.

Ke manakah haluan hidup Suriani? Ke manakah kapal terbang kertas akan membawanya terbang pergi?

HARGA JUAL : RM 10.00

HARGA ASAL : RM 16.00